Jawab semua soalan
Catatan sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
1 Penyataan di atas merupakan pengertian sejarah yang telah dikemukakan oleh
A Herodotus.
B Ibn Khaldun.
C Tun Sri Lanang.
D Muhd. Yusuf Ibrahim.
2 Apakah tujuan mata pelajaran sejarah diperkenalkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada hari ini?
A Memupuk semangat jihad
B Memupuk semangat perkauman
C Membangkitkan semangat perpaduan
D Memupuk semangat cinta akan tanah air
3 Antara yang berikut, yang manakah dapat menerangkan tentang maksud sejarah?
A Perubahan zaman
B Peristiwa yang hebat
C Peristiwa yang pernah berlaku
D Penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku
4 Apakah yang dimaksudkan dengan sumber primer?
A Laporan bulanan
B Hasil kajian sumber pertama
C Sumber asal yang belum diolah
D Maklumat sejarah yang telah ditulis
5 Bahan yang dikaji oleh ahli arkeologi yang tersebut dikenali sebagai
A fosil.
B tulang.
C artifak.
D manuskrip.
6 Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber bersifat asli dan belum lagi ditafsir?
A Majalah
B Batu bersurat
C Laporan tahunan
D Filem dokumentari
7 Antara yang berikut, sumber pertama yang belum lagi diolah ialah
A Fosil
B Akhbar
C Majalah
D Eksiklopedia
8 Unsur tokoh tambah merupakan antara ciri bagi kaedah
A lisan.
B bertulis.
C arkeologi.
D penyelidikan.
9 Apakah kelemahan yang terdapat pada sumber lisan?
A Banyak unsur cerita rakyat
B Banyak terdapat fakta palsu
C Banyak bercampur aduk dengan dongeng
D Banyak dipengaruhi oleh perkembangan masa ini
10 Mengapakah wujud tafsiran yang berbeza-beza terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang sama?
A Kerana pandangan berlainan
B Kerana kekurangan maklumat
C Kerana sukar memperoleh fakta yang benar
D Kerana sukar untuk membuktikan kebenaran